My Heart
IU dan Myungsoo berjalan-jalan di sekitar Bandar Seoul. Sedang sibuk melihat pakaian tiba-tiba seorang lelaki yang sedang berlari terlanggar IU. "Aduh sakitnya" bicara IU dalam hati. Tanpa disedari rupa-rupanya IU tertarik seluar seorang lelaki sehingga terkoyak. "ahh...maafkan saya, saya tidak sengaja" bicara IU. "Ape maaf maaf??? Awak pikir seluar ni boleh dapat kat mana-mana ke???Awak tunggu sini kejap" bicara Gikwang dengan nada yang marah. Myungsoo yang sedang melihat pakaian berasa sangat terkejut apabila melihat rakannya hilang dalam sekelip mata. Lalu dia pun berlari untuk mencari rakanya itu. "Haish...mane pulak perginye si IU nie???" bicaranya dalam hati.
Berbalik pula kepada IU. IU yang sedang ketakutan dan malu berlari keluar dari shopping complex itu dan meninggalkan Myungsoo. Setelah puas mencari IU tiba-tiba IU menelefonnya "Myungsoo...saya da sampai rumah, sorry sebab tinggalkan awak" bicara IU dengan nada yang perlahan. "Uhmm...awak tak sihat ke???" tanya Myungsoo. "Taklah, saya baru teringat yang saya dah janji dengan mak saya yang saya nak tolong dia kemas rumah" bicara IU. "Oklah, jumpa awak esok" bicara Myungsoo dengan nada yang perlahan.
Di rumah Gikwang
"Haish...tak guna punya perempuan. Dahla malukan aku depan orang ramai, pastu bla macam tu je" bicara Gikwang dengan nada marah. "Tapi serius cute gila muka dia time takut" "Takkan la aku da jatuh cinta kut" bicara Gikwang.
Keesokannya...Di kolej
"Selamat pagi semua" bicara Prof. Jae Joong sambil ditemani seorang pelajar baru. "Selamat pagi" bicara semua pelajar. "Hari ini kita ada seorang pelajar yang baru berpindah dari AS, sila perkenalkan diri". "Hai semua, saya Gikwang, saya baru berpindah dari AS, selamat berkenalan" bicara Gikwang dengan mesra. "Hahh...alamak...apsal dia masuk kolej ni???" bicara IU dengan nada yang sangat perlahan. Setelah tamat kelas...Di kantin
Gikwang datang menghampiri meja IU "Awak???" bicara Gikwang sambil memandang IU. IU menundukkan mukanya ke bawah. "Korang kenal satu sama lain ke???" bicara Myungsoo dengan pandangan yang pelik terhadap kelakuan IU. "Taklah, saya tak kenal dia lansung" bicara IU. "Ye ke???" bicara Gikwang sambil memandang IU dengan renungan yang menakutkan.
Di atas bumbung...
IU duduk di atas bangku. "Apsal la mamat tu belajar kat sini??? banyak-banyak kolej, kolej ni juga yang dia pilih." "Kenapa" bicara IU dengan nada menjerit. Tiba-tiba Gikwang menjawab "Sebab saya suka kat awak." IU menoleh. "Awak dah giler ke hah???" tengking IU. Ketika IU ingin beredar dari situ tiba-tiba Gikwang menyekat jalan IU. Gikwang menolak IU ke dinding dan meletakkan tangan di dinding. "Kenapa tak percaya???" bicara Gikwang dengan muka yang menakutkan. "Apa masalah awak???" bicara IU. "Masalah saya ialah saya sudah jatuh cinta dengan awak, Sudikah awak menjadi hati saya???" bicara GIkwang dengan senyuman yang menawan. Myungsoo yang melihat dan mendengar berasa sedih. IU yang melihat Myungsoo terus menolak Gikwang ke tepi dan menarik tangan Myungsoo.Di taman...
"IU betul ke apa yang saya dengar tadi???" "Awak dengar apa???" "Saya dengar Gikwang kata yang dia cintakan awak??? Jadi awak terima" "Entahla" "IU sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan awak" "Apa dia???" "Saya...saya...saya cintakan awak" "Apa yang awak cakapkan ni??? awak tahukan saya dah anggap awak macam abang saya." "Saya tahu tapi..." "Takde tapi-tapi, saya tak nak hubungan kite sebagai kawan hancur" "IU..." "Maafkan saya, saya harap awak faham" bicara IU lalu beredar dari situ
Sesampainya IU dirumah, IU dikejutkan dengan tetamu yang datang ke rumahnya "Apa awak buat kat sini" "IU ni kan tetamu, mana adap melayan tetamu kamu...Gikwang kamu berbual la dulu dengan IU, makcik nak keluar kejap" bicara mak IU. "Mana awak dapat alamat rumah saya???" "Awak tak perlu tahu" "Apa awak nak sebenarnya hah???" "Saya nak hati awak" "Awak da gila ke" "Saya jadi gila pun sebab awak" "Ehh...da la, lebih baik awak keluar dari rumah saya sekarang juga" "Kalau saya tak nak keluar awak nak buat apa???." Tanpa menjawab soalan Gikwang, IU menarik tangan Gikwang ke depan pintu. "Sekarang awak boleh keluar." "Baiklah saya akan keluar tapi ingat saya tak akan berputus asa.
Setahun kemudian...
"Hello IU, Gikwang kemalangan, dia ada kat hospital sekarang" "Apa, ok saya datang sekarang". Sesampainya IU dihospital, IU terkejut melihat keadaan Gikwang. "Apa dah jadi dekat Gikwang, kenapa dia tak sedarkan diri???" bicara IU sambil air matanya menitis. "Doktor sahkan Gikwang koma" betapa gugurnya jantung IU mendengar berita itu.
Tiga hari kemudian...
IU tertidur di tepi katil Gikwang sambil memegang tangannya. "IU..." bicara Gikwang sambil mengerakkan tangannya. IU tersedar dari tidurnya. "Awak da sedar" "Ya" bicara Gikwang dengan senyuman yang menawan. "Awak nak apa-apa ke???" "Saya nak air, saya haus." IU menuangkan air ke dalam cawan dan memberikan kepada Gikwang "nah"
Keesokannya...
"Hai Gikwang" "Hai" "Awak rasa macam mana hari ni???" "Sihat." Ketika IU dan Gikwang sibuk berbual dan bergurau senda tiba-tiba Myungsoo datang menghampiri "Amboi!!! Dulu bukan main tak suka, sekarang siap bergurau senda lagi." Setelah lama melawat Gikwang, Myungsoo meminta diri "Saya balik dulu la" "Dah nak balik da ke???" "Ye, saya tak nak la dicop sebagai peganggu." Setelah Myunsoo beredar, Gikwang ingin menanyakan sesuatu kepada IU. "IU, saya nak awak jawab dengan jujur" "Apa" "Sudikah awak menjadi hati saya???" IU memberikan senyuman yang manis dan menjawab "Ya."
HARAP MAAF KERANA CERITA BANYAK POTONG-POTONG





Ulasan
Catat Ulasan