Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Jerawat Petanda Buruk...

Bagi golongan dewasa, jerawat di wajah boleh mencacatkan pemandangan. Namun, apa yang tidak dapat dilihat di depan cermin yang mungkin menakutkan korang, jerawat mungkin merupakan satu isyarat rintangan insulin yang merupakan penyebab kepada diabetes jenis 2. Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Endokrin,lelaki dengan jerawat mempunyai tahap insulin hampir dua kali ganda lebih daripada lelaki yang berkulit licin tanpa jerawat. Insulin yang berlebihan memacu hormon lelaki secara berlebihan dan sseterusnya mencetuskan rembesan minyak dan jerawat.

Birthday Ayah...

Gendang gendut tapi kecapi, sudah kenyang suka hati...nie la perasaan saya sekarang. Tadi saya,ibu,ayah ngan adik-adik pergi makan kat Pizza Hut. Kiteorang sambut birthday ayah kat sana. Best sangat...Kiteorang ajak ayah sambut kat Pizza Hut sebab kiteorang nak makan 'Super Pan Crust'. Rase...boleh tahan. Tapi...ibu order 2 jenis pizza lagi...'ayam ngan tuna'. Perh...perut kiteorang rase nak pecah...Sedih betul sebab kiteorang telupa bawak kamera, tak dapat nak tangkap gambar ayah...So, nie jew yang saya nak citer...cam ape je kan...(^_~) hehehe...

Teknik Pelurusan Rambut Undang Kanser

Imej
Sempena bulan Syawal ini mesti ramai di kalangan kita yang ingin tampil dengan rambut menawan!!! Rebondinglah, relaxinglah, smoothinglah ataupun apa jua nama yang diberikan...korang tahu tak teknik pelurusan rambut dikatakan mampu memberi impak kepada kesihatan pengamalnya. Penelitian terkini daripada Genius Beauty menyatakan bahan yang digunakan dalam teknik meluruskan rambut mengandungi sejumlah besar formaldehid, bahan kimia yang dapat memicu perkembangan kanser. Bahkan produk yang menyatakan 'bebas formalin' sekalipun tetap dikesan kehadiranya pada bahan kimia tersebut!!! Selain kanser, bahan tersebut juga dikatakan mampu memicu alergi, pendarahan hidung dan iritasi kulit.

Bertih Jagung Bikin Awet Muda...

Reputasi bertih jagung sebagai snek sihat jarang sekali didengari. Namun sesuatu yang harus korang tahu, laporan para saintis 243rd National Meeting & Exposition of American Chemical Society. Snek nie ternyata cukup tinggi kandungan antioksidan dan merupakan salah satu rahsia awet muda. Ia lebih sihat jika dibandingkan dengan sesetengah jenis buah-buahan. Paling mengejutkan bahagian yang paling keras dan selalu kita buang mempunyai serat yang paling tinggi. Bagaimana korang dinasihatkan menyediakannya tanpa tambahan mentega,garam mahupun karamel.

Kiwi Bantu Lenakan Korang

Imej
Hmmmhh... Korang sukar untuk tidor??? Cuba makan kiwi. Menurut penyelidikan dari Taiwan, kiwi mampu membantu korang untuk tertidur. Apabila korang makan 2 biji kiwi sebelum tidur setiap malam selama 4 minggu secara konsisten, ia memudahkan korang untuk tidur lebih cepat sebanyak 35 peratus. Ini berlaku kerana kiwi mengandungi serotonin, sejenis bahan kimia yang membantu otak mengawal kitaran tidor korang!!! Ia memang sangat berkesan kerana ayah saya telah mencubanya sendiri!!!

Mengemas Rumah Satu Senaman

Hii...uolls...korang adew masa tak untuk melakukan aktiviti riadah??? Huuuhhh....korang x ade mase??? Jangan risau, korang boleh tukarkan kerja-kerja rumah menjadi satu bentuk senaman kecergasan yang mampu membakar lemak. Kunci utamanya adalah dengan melakukan kerja-kerja tersebut dengan cepat dan rasa yang menyeronokkan. Kuatkan jantung korang dengan membersihkan rumah atau mengemas katil korang dengan kadar yang cepat. Lebih banyak dan cepat korang bergerak ketika melakukan aktiviti, manfaat yang korang akan dapat juga lebih besar!!! Selamat Mencuba...

1 Minit Tak Tutup Lampu

Hhhmmm...korang semua tahu x??? budak-budak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko menghidap leukemia. Para ilmuan menyatakan tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas.lampu tidur,lampu-lampu jalandan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin. Menurut Prof.Russle Reiter dari Universiti Texas, sekali korang tidur dan tidak mematikan lampu selama seminit, otak korang segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun!!! So...lain kali korang tiduk dengan lampu yang tertutup...OK. Sekurang-kurangnya dapat menjimat kan tenaga elektrik.